Lawatan sambil belajar

Assalamualaikum para pengunjung yang dihormati.

Seperti yang dirancangkan di dalam Buku Program Tadika 2010, telah mengadakan lawatan sambil belajar pada 18.4.2010.

Antara tempat lawatan ialah

1. Perpustakaan Negeri Johor, Jalan Air Molek

2. Muzium Negeri Johor

3. Zoo Negeri

4. Masjid Sultan Abu Bakar

KOLEKSI GAMBAR LAWATAN TADIKA 2010

PENDAFTARAN KELAS HAFAZAN AL-QURAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

semoga ibubapa, anak-anak dan rakan-rakan sihat sejahtera dan dalam suasana harmoni.

untuk makluman semua, TADIKA UMIKU SAYANG dan RANGKAIAN TADIKA ASSOFEA akan membuka kelas hafazan al-Quran pada  Mac 2010.

Kelas Hafazan Al-Quran ini dikhususkan untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga 12 tahun. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi cawangan yang berhampiran dengan kediaman anda  untuk pendaftaran.

Oleh kerana pihak Tadika terpaksa menghadkan pengambilan pelajar, maka para ibubapa diharap dapat membuat pendaftaran secepat mungkin iaitu sebelum 10 Mac 2010. Kelas dijangka bermula pada awal bulan Mac.

untuk maklumat lanjut, sila hubungi Us Maalim di talian: 019-7588779

Solawat Taubat

Doa Taubat – Raihan

Doa dan solawat taubat

Doa Sebelum Makan

doa sebelum makan – raihan

doa sebelum makan – tilmiz

doa sebelum makan – wardah

Doa Selepas Makan

doa selepas makan – wardah

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU BAGI SESI 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung blog ini terutamanya kepada para ibubapa pelajar yang banyak memberi sokongan kepada saya.

Saya memohon berbanyak kemaafan kerana agak lama tidak update blog ini, semenjak sambutan Majlis Konvokesyen yang lepas, saya agak sibuk membuat persediaan bagi sesi 2009 . Dipendekkan cerita, berikut adalah TARIKH-TARIKH PENTING iaitu jadual MAJLIS PENDAFTARAN BAGI SESI 2009 untuk kesemua cawangan tadika-tadika assofea cemerlang. more…

PELUK TANDA KASIH

AGAMA meletakkan garis panduan bahawa 24 jam yang diperuntukkan memang cukup buat ibu bapa memanfaatkan sepenuhnya waktu untuk mencari rezeki, beribadat dan rehat yang mencukupi selain merancang perkara berfaedah untuk kebaikan keluarga tercinta.

Namun, ada yang tersasar kerana terlalu mengejar kebendaaan hingga melupakan tanggungjawab dan amanah membina keluarga.

Kembalilah bermuhasabah supaya anak-anak dan keluarga tidak jauh tersisih. Jika anda baru saja membina keluarga, panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk memperoleh kebahagiaan keluarga yang diingini: more…

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamaualaikum, sedar tak sedar rupanya hanya tinggal beberapa hari lagi bulan ramadhan. Begitu cepat masa berlalu. Hari ini merupakan hari terakhir pelajar-pelajar berada di tadika. Jelas kelihatan kegembiraan dan keceriaan di wajah kanak-kanak dan juga para guru, maklumlah semuanya sudah tak sabar-sabar nak balik beraya di kampung halaman. Duit raya dah dapat ke belum? (kalau belum dapat boleh minta dengan Teacher Mar atau Teacher Fida, meerka sudah bersedia memberi duit raya untuk pelajar mereka yang dikasihi). more…

KOLEKSI E-KAD RAYA YANG MENARIK

Adakah anda tak sempat nak membeli kad raya kepada saudara mara dan rakan-rakan? Jangan bimbang, kerana saya mempunyai beberapa koleksi kad raya yang comel dan menarik. pilih sahaja yang mana anda suka di bawah dan hantarkan kepada saudara-mara atau kawan-kawan melalui emel. Dalam tempoh tak sampai 2 minit mereka akan menerima ekad raya anda. Mudahkan? Dunia dah berubah…. canggih, cepat dan jimat!

more…

Apa itu Komponen Perkembangan Fizikal?

Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinana diri dan membentuk personaliti yang positif. Komponen Perkembangan Fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu:-

more…