Jadual Harian dan Takwim Tadika 2011

Assalamualaikum dan salam ceria,

Para ibubapa pelajar boleh muaturun jadual harian tadika sesi 2011 di link bawah:-
jadual waktu tadika

Adab-adab terhadap ibubapa

adab-adab terhadap kedua ibubapa

Jom ke Ihtifal Tadika Umiku Sayang & Tadika AsSofea

Makluman ini khas untuk semua para ibubapa Tadika Umiku Sayang dan Rangkaian Tadika AsSofea.

Majlis konvokesyen dan ihtifal tadika bagi sesi 2010 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 14.11.2010

Masa: 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari

Tempat: Dewan Besar Institut Kemahiran Mara, JB

Sehubungan dengan itu semua ibubapa pelajar dijemput hadir ke majlis tersebut.

Jom sama-sama kita meraikan kejayaan anak-anak kita! Semoga dengan kehadiran tuan / puan ia menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

Majlis Konvokesyen & Ihtifal Tadika Ar-Rashid

FOTO-FOTO KONVOKESYEN & IHTIFAL TADIKA AR-RASHID 2010

Tempat: Dewan serbaguna Pematang Pagar Sungai Buloh, Selangor

Tarikh: 7.11.2010

Masa: 9am -1pm

Chicken Dance anak-anak tadika

jom kita saksikan anak-anak kita yang comellll

Pertandingan mewarna,membaca tadika yang meriah!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

wow seronoknya program mewarna, membaca dan pertandingan pakaian beragam yang berlansung pada hari ini bermula jam 10 pagi hingga 1.30 petang di Plaza Kota Raya, JB.

Pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Tadika Umiku Sayang dan rangkaian Tadika Assofea, dengan kerjasama Bank Rakyat Menara Ansar berjaya dijalankan dengan penuh meriah dan  ceria.

CUTI TADIKA SEMESTER 1, 2010

Minggu depan bermulalah cuti persekolahan penggal pertama. Pihak tadika mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar di seluruh negara. Cuti persekolahan bukanlah bermakna cuti dari belajar menulis dan membaca. Tujuan cuti sebenarnya untuk melepaskan penat dan mendapat kekuatan baru untuk meneruskan pembelajaran setelah sekolah kembali dibuka.Maka amat wajarlah ibubapa merancang jadual cuti persekolahan anak-anak supaya masa yang berlalu tidak disia-siakan.Antara aktiviti yang dicadangkan ialah : more…

Program kerjasama Tadika dan Bank Rakyat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Minggu ini masih lagi minggu penilaian prestasi anak-anak.  Nampaknya pelajar-pelajar tadika bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan . Mereka nampak sungguh gembira dan serius menjawab soala-soalan peperiksaan.

Berita baik untuk pelajar dan ibubapa, pihak TADIKA UMIKU SAYANG dan rangkaian TADIKA ASSOFEA telah bekerjasama dengan pihak BANK RAKYAT  (Menara Ansar) untuk mengadakan program khas untuk kanak-kanak Tadika  sebaik sahaja mereka tamat menjalani ujian penilaian prestasi Semester 1, 2010.

Butiran program adalah seperti di bawah:- more…

Minggu penilaian pelajar semester 1, 2010

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia

khas untuk makluman ibubapa pelajar, pihak TADIKA UMIKU SAYANG DAN RANGKAIAN TADIKA ASSOFEA akan mengadakan minggu penilaian pencapaain anak-anak bagi semester 1 sepeti di bawah:-

Tarikh: 21- 27 Mei 2010

masa: 8 pagi – 12thr

Tempat: tadika masing-masing

Surat makluman, jadual penilaian dan silibus telah diedarkan kepada semua ibubapa melalui anak-anak pada minggu lepas. Jika masih ada ibubapa yang belum menerima jadual penilaian / peperiksaan sila berhubung terus dengan guru kelas anak-anak.

sehubungan dengan itu, diharap ibubapa dapat meluangkan masa untuk membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran.

Seterusnya, pihak tadika meminta kerjasama ibubapa agar dapat memastikan peralatan tulis dan mewarna di bawa oleh anak-anak.

sekian, terima kasih. sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn. Mariati di talian pejabat 07-2373959.

Jom, kita lihat ragam anak-anak ketika menjawab soalan ‘peperiksaan’

TADIKA ASSOFEA- BANDAR BARU UDA BRANCH tadika berdaftar di johor bahru

Sambutan Hari Guru 2010

Assalamualaikum

semoga kita semua dalam lindungan Allah dan terus ceria menjalani kehidupan seharian.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA – itulah tema hari guru pada tahun  ini. Seperti baisa pihak tadika tidak ketinggalan menyambut hari guru bersama anak-anak didiknya di tadika masing-masing.

Pihak Tadika dan semua guru-guru mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anak-anak dan ibubapa yang menyumbangkan makanan dan juga memberi hadiah kepada guru-guru.

Jom kita tengok foto-foto di bawah, sungguh seronok anak-anak kita menyambut hari guru. more…