Archive for the Category »Komponen Kerohanian & Moral «

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU BAGI SESI 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung blog ini terutamanya kepada para ibubapa pelajar yang banyak memberi sokongan kepada saya.

Saya memohon berbanyak kemaafan kerana agak lama tidak update blog ini, semenjak sambutan Majlis Konvokesyen yang lepas, saya agak sibuk membuat persediaan bagi sesi 2009 . Dipendekkan cerita, berikut adalah TARIKH-TARIKH PENTING iaitu jadual MAJLIS PENDAFTARAN BAGI SESI 2009 untuk kesemua cawangan tadika-tadika assofea cemerlang. more…

Apa itu Komponen Kerohanian dan Moral?

Komponen Kerohanian dan Moral amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam.

Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Pendidikan Moral menjadikan seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi.