Archive for the Category »Diskusi Tadika «

Chicken Dance anak-anak tadika

jom kita saksikan anak-anak kita yang comellll

Pertandingan mewarna,membaca tadika yang meriah!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

wow seronoknya program mewarna, membaca dan pertandingan pakaian beragam yang berlansung pada hari ini bermula jam 10 pagi hingga 1.30 petang di Plaza Kota Raya, JB.

Pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Tadika Umiku Sayang dan rangkaian Tadika Assofea, dengan kerjasama Bank Rakyat Menara Ansar berjaya dijalankan dengan penuh meriah danĀ  ceria.

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU BAGI SESI 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung blog ini terutamanya kepada para ibubapa pelajar yang banyak memberi sokongan kepada saya.

Saya memohon berbanyak kemaafan kerana agak lama tidak update blog ini, semenjak sambutan Majlis Konvokesyen yang lepas, saya agak sibuk membuat persediaan bagi sesi 2009 . Dipendekkan cerita, berikut adalah TARIKH-TARIKH PENTING iaitu jadual MAJLIS PENDAFTARAN BAGI SESI 2009 untuk kesemua cawangan tadika-tadika assofea cemerlang. more…

Apa itu Komponen Perkembangan Fizikal?

Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinana diri dan membentuk personaliti yang positif. Komponen Perkembangan Fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu:-

more…

Apa itu Komponen Perkembangan Sosioemosi?

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Pekembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti denagan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.

more…