Archive for the Category »Berita Tadika «

PENDAFTARAN KELAS HAFAZAN AL-QURAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

semoga ibubapa, anak-anak dan rakan-rakan sihat sejahtera dan dalam suasana harmoni.

untuk makluman semua, TADIKA UMIKU SAYANG dan RANGKAIAN TADIKA ASSOFEA akan membuka kelas hafazan al-Quran pada  Mac 2010.

Kelas Hafazan Al-Quran ini dikhususkan untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga 12 tahun. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi cawangan yang berhampiran dengan kediaman anda  untuk pendaftaran.

Oleh kerana pihak Tadika terpaksa menghadkan pengambilan pelajar, maka para ibubapa diharap dapat membuat pendaftaran secepat mungkin iaitu sebelum 10 Mac 2010. Kelas dijangka bermula pada awal bulan Mac.

untuk maklumat lanjut, sila hubungi Us Maalim di talian: 019-7588779

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU BAGI SESI 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung blog ini terutamanya kepada para ibubapa pelajar yang banyak memberi sokongan kepada saya.

Saya memohon berbanyak kemaafan kerana agak lama tidak update blog ini, semenjak sambutan Majlis Konvokesyen yang lepas, saya agak sibuk membuat persediaan bagi sesi 2009 . Dipendekkan cerita, berikut adalah TARIKH-TARIKH PENTING iaitu jadual MAJLIS PENDAFTARAN BAGI SESI 2009 untuk kesemua cawangan tadika-tadika assofea cemerlang. more…

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamaualaikum, sedar tak sedar rupanya hanya tinggal beberapa hari lagi bulan ramadhan. Begitu cepat masa berlalu. Hari ini merupakan hari terakhir pelajar-pelajar berada di tadika. Jelas kelihatan kegembiraan dan keceriaan di wajah kanak-kanak dan juga para guru, maklumlah semuanya sudah tak sabar-sabar nak balik beraya di kampung halaman. Duit raya dah dapat ke belum? (kalau belum dapat boleh minta dengan Teacher Mar atau Teacher Fida, meerka sudah bersedia memberi duit raya untuk pelajar mereka yang dikasihi). more…