Archive for the Category »Komponen Bahasa & Komunikasi «

Apa itu Komponen Bahasa dan Komunikasi?

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid. Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi denagn orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadikan asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Perinsip utama pengajaaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

more…