CUTI TADIKA SEMESTER 1, 2010
Minggu depan bermulalah cuti persekolahan penggal pertama. Pihak tadika mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar di seluruh negara. Cuti persekolahan bukanlah bermakna cuti dari belajar menulis dan membaca. Tujuan cuti sebenarnya untuk melepaskan penat dan mendapat kekuatan baru untuk meneruskan pembelajaran setelah sekolah kembali dibuka.Maka amat wajarlah ibubapa merancang jadual cuti persekolahan anak-anak supaya masa yang berlalu tidak disia-siakan.Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :
1. Tuisyen class – Pilih 1-2 matapelajaran yang kurang memuaskan. Minta kakak-kakak yang sedang bercuti atau anak jiran yang lebih pandai supaya membantu anak kita. Berikanlah sedikit bayaran,mungkin ia lebih murah dari pusat tuisyen. Disamping itu kita dapat menyediakan ruang belajar dan mengisi masa lapang bagi ke dua-dua pihak. Kuranglah sikit masa lepak mereka disamping memberi peluang kepada pihak kedua mendapat sedikit wang.
2. Lawatan keluarga - Samada balik kampung atau berkunjung kerumah-rumah saudara yang jauh yang jarang anda temui. Mungkin 1 – 2 hari. Perkenalkan mereka saudara mara anda seperti ibubapa kita lakukan kepada kita dahulu. Dengan itu hubungan kita dengan kerabat kita akan bertanbah rapat walaupun tinggal berjauhan.
3. Bercuti bersama keluarga. Ambil peluang cuti dengan mengunjungi tempat-tempat menarik . Mungkin 1 – 2 hari. anak-anak anda akan terhibur dan ambillah peluang untuk berkomunikasi dengan mereka dan bimbinglah mereka supaya merka llebih hormat kepada anda dan mendengar nasihat anda. Maka dengan itu wujudlah kemesraan di kalangan keluarga.
4. Sertai Kem motivasi/akademik. sekurang-kurangnya 3 hari. Lazimnya kem seumpama ini hendaklah kita temtukan sekali setahun.
Dengan perancangan yang terancang sudah pasti kita akan dapat membantu anak-anak kita meneruskan pelajaran walaupun bercuti.


████████►BUY LEVITRA◀███████…
▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲…
Accupril…
Buygeneric drugs…