Program kerjasama Tadika dan Bank Rakyat
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Minggu ini masih lagi minggu penilaian prestasi anak-anak. Nampaknya pelajar-pelajar tadika bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan . Mereka nampak sungguh gembira dan serius menjawab soala-soalan peperiksaan.
Berita baik untuk pelajar dan ibubapa, pihak TADIKA UMIKU SAYANG dan rangkaian TADIKA ASSOFEA telah bekerjasama dengan pihak BANK RAKYAT (Menara Ansar) untuk mengadakan program khas untuk kanak-kanak Tadika sebaik sahaja mereka tamat menjalani ujian penilaian prestasi Semester 1, 2010.
Butiran program adalah seperti di bawah:-Jenis Aktiviti:
1. Pertandingan Mewarna untuk semua tahap iaitu melibatkan semua pelajar tadika N2, K1 dan K2.
2. Pertandingan bacaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi antara cawangan-cawangan tadika.
Tarikh: 29.5.2010 Masa: 10 pagi hingga 1tengahari
Tempat: Plaza Kota Raya, JB
penyertaan adalah PERCUMA!
Sehubungan itu semua ibubapa di jemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana program dan seterusnya memberi sokongan moral kepada anak-anak.
Pada hari tersebut juga, ibubapa digalakkan membuka akaun simpanan untuk anak-anak. Semoga ibubapa tidak melepaskan peluang keemasan ini kerana pada hari tersebut, dengan hanya menyimpan RM30 dengan Bank Rakyat pelajar akan mendapat hadiah percuma iaitu tabung simpanan yang eksklusif dari Bank Rakyat.
Surat makluman telah diedarkan bagi semua cawangan pada 24.5.2010 melalui pelajar. Jika masih ada ibubapa yang belum menerima surat makluman tersebut, sila berhubung dengan guru kelas anak-anak utk info lanjut.
Wassalam, semoga hari ini memberikan keceriaan kepada kita semua khususnya kepada anak-anak kita.


Stocks http://nbz.oeb.200i.at : Stocks…
Target…
Cialis UK…
Buynow it…