PENDAFTARAN KELAS HAFAZAN AL-QURAN
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
semoga ibubapa, anak-anak dan rakan-rakan sihat sejahtera dan dalam suasana harmoni.
untuk makluman semua, TADIKA UMIKU SAYANG dan RANGKAIAN TADIKA ASSOFEA akan membuka kelas hafazan al-Quran pada Mac 2010.
Kelas Hafazan Al-Quran ini dikhususkan untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga 12 tahun. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi cawangan yang berhampiran dengan kediaman anda untuk pendaftaran.
Oleh kerana pihak Tadika terpaksa menghadkan pengambilan pelajar, maka para ibubapa diharap dapat membuat pendaftaran secepat mungkin iaitu sebelum 10 Mac 2010. Kelas dijangka bermula pada awal bulan Mac.
untuk maklumat lanjut, sila hubungi Us Maalim di talian: 019-7588779
Category: Berita Tadika
