Archive for » September, 2008 «

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamaualaikum, sedar tak sedar rupanya hanya tinggal beberapa hari lagi bulan ramadhan. Begitu cepat masa berlalu. Hari ini merupakan hari terakhir pelajar-pelajar berada di tadika. Jelas kelihatan kegembiraan dan keceriaan di wajah kanak-kanak dan juga para guru, maklumlah semuanya sudah tak sabar-sabar nak balik beraya di kampung halaman. Duit raya dah dapat ke belum? (kalau belum dapat boleh minta dengan Teacher Mar atau Teacher Fida, meerka sudah bersedia memberi duit raya untuk pelajar mereka yang dikasihi). more…

KOLEKSI E-KAD RAYA YANG MENARIK

Adakah anda tak sempat nak membeli kad raya kepada saudara mara dan rakan-rakan? Jangan bimbang, kerana saya mempunyai beberapa koleksi kad raya yang comel dan menarik. pilih sahaja yang mana anda suka di bawah dan hantarkan kepada saudara-mara atau kawan-kawan melalui emel. Dalam tempoh tak sampai 2 minit mereka akan menerima ekad raya anda. Mudahkan? Dunia dah berubah…. canggih, cepat dan jimat!

more…

Apa itu Komponen Perkembangan Fizikal?

Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinana diri dan membentuk personaliti yang positif. Komponen Perkembangan Fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu:-

more…

Apa itu Komponen Kerohanian dan Moral?

Komponen Kerohanian dan Moral amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam.

Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Pendidikan Moral menjadikan seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi.

Apa itu Komponen Perkembangan Sosioemosi?

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Pekembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti denagan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.

more…