Apa itu Komponen Bahasa dan Komunikasi?

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid. Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi denagn orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadikan asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Perinsip utama pengajaaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

i. Kemahiran mendengar – murid boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar.

ii. Kemahiran bertutur – murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan meerka secara berkesan dan bertatasusila.

iii. Kemahiran membaca – murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.

iv. kemahiran menulis – murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menuliskan huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah.

Kemahiran bahasa dan komunikasi boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan mengembirakaan seperti permainan bahasa, main peranan, bercerita dan lawatan.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
2 Responses
  1. akmacostume says:

    untuk mengajar kanak-kanak di peringkat awal mengenai bahasa kita kena banyak mengunakan media bergambar.untuk mengalakkan kanak-kana ini lebih fokus.Mungkin syarikat saya dapat membantu kanak-kanak ini dengan memberi pendekatan pengunaan costume atau headgear.Sila lawat website http://www.akmacostume.com atau blog, http://www.akma-awang.blogspot.com.

    Terimakasih.

    Akma

  2. akmacostume says:

    Asalamualaikum, sekiranya pihak tadika memerlukan costume atau headgear (animal,flower ect) syarikat kami ada menjualnnya dan juga sewaan untk pertandingan bercerita.Pihak tuan boleh juga melawat blog kami..iaitu. http://www.akma-awang.blogspot.com/.
    Semoga pihak kami dapat membantu pelajar tadika berkomunikasi dengan mengunakan costume.

    terimakasih.

    Akma

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>